Selamat Datang ke Portal Rasmi Eksekutif Pemasaran (EP) PTPTN: 000009869

Soalan Lazim

Simpanan

Simpan SSPN Prime

Simpan SSPN Prime merupakan satu instrumen simpanan tanpa komitmen bulanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. Simpan SSPN Prime adalah berlandaskan syariah menggunakan konsep ‘Wakalah Bil Istithmar’ bermaksud ‘mewakilkan untuk tujuan pelaburan.

Buka Akaun Simpan SSPN Prime
Masukkan Id Eksekutif PTPTN: 000009869

Objektif Simpan SSPN Prime adalah untuk membudayakan tabiat menabung di kalangan warganegara Malaysia bagi tujuan pendidikan tinggi sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman.

Buka Akaun Simpan SSPN Prime
Masukkan Id Eksekutif PTPTN: 000009869

Simpan SSPN Prime menawarkan pelbagai keistimewaan, antaranya:

  1. Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa hingga RM8,000.00 setahun bagi akaun yang dibuka atas nama anak / anak angkat yang sah sebagai penerima manfaat;
  2. Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas;
  3. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
  4. Pemberian geran sepadan kerana memasuki institusi pendidikan tinggi (IPT) sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak bagi akaun yang dibuka atas nama anak sebagai penerima manfaat;
  5. Simpanan dijamin oleh kerajaan;
  6. Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN;

Buka Akaun Simpan SSPN Prime
Masukkan Id Eksekutif PTPTN: 000009869

Boleh. Akaun Simpan SSPN Prime boleh dibuka oleh sesiapa sahaja yang berwarganegara Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas bagi memupuk sikap penabungan di kalangan rakyat Malaysia.

Buka Akaun Simpan SSPN Prime
Masukkan Id Eksekutif PTPTN: 000009869

Syarat-syarat penyertaan Simpan SSPN Prime adalah seperti berikut:

  1. Ibu / bapa / penjaga / individu yang ingin menjadi pendeposit dan / atau penerima manfaat kepada akaun Simpan SSPN Prime mestilah warganegara Malaysia.
  2. Bagi pembukaan akaun untuk anak angkat di bawah jagaan yang sah, surat akuan berkanun atau sijil anak angkat hendaklah disertakan bagi menikmati keistimewaan pelepasan taksiran cukai pendapatan dan geran sepadan ke institusi pendidikan tinggi (jika layak).
  3. Pendeposit boleh juga membuka akaun untuk diri sendiri.
  4. Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk penerima manfaat yang sama.
  5. Penerima manfaat mestilah berumur antara 1 hari hingga sebelum mencapai umur 29 tahun.
  6. Penerima manfaat yang telah mempunyai akaun yang dibuka oleh seseorang pendeposit boleh membuka akaun bagi dirinya sendiri atau membuka akaun untuk warganegara Malaysia yang lain. Ini bermakna, seorang penerima manfaat pada masa yang sama juga boleh menjadi pendeposit.
  7. Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun SSPN-i bagi penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat.

Buka Akaun Simpan SSPN Prime
Masukkan Id Eksekutif PTPTN: 000009869

Akaun Simpan SSPN Prime boleh dibuka secara online dengan melayari laman web PTPTN (www.ptptn.gov.my), di kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen-ejen sah yang telah dilantik.

Buka Akaun Simpan SSPN Prime
Masukkan Id Eksekutif PTPTN: 000009869

Simpan SSPN Prime tidak menggunakan buku akaun. Walau bagaimanapun PTPTN akan menghantar Slip Akuan Pembukaan Akaun Simpan SSPN Prime kepada pendeposit ke alamat yang didaftarkan sebagai bukti pengesahan pembukaan akaun Simpan SSPN Prime.

Buka Akaun Simpan SSPN Prime
Masukkan Id Eksekutif PTPTN: 000009869

Pendeposit boleh menghubungi Khidmat Pelanggan PTPTN di talian 03-2193 3000 atau mengunjungi cawangan PTPTN yang berdekatan untuk mendapatkan nombor akaun Simpan SSPN Prime. Pendeposit juga boleh memohon untuk cetakan semula slip akuan bagi memudahkan urusan.

Buka Akaun Simpan SSPN Prime
Masukkan Id Eksekutif PTPTN: 000009869

Tidak, pendeposit boleh membuka akaun dan menamakan mana-mana warganegara Malaysia yang lain sebagai penerima manfaat.

Buka Akaun Simpan SSPN Prime
Masukkan Id Eksekutif PTPTN: 000009869

Pendeposit perlu mengisi dan melengkapkan Borang Kebenaran/ Penamatan Potongan Gaji Bulanan Simpan SSPN Prime yang boleh didapati di kaunter PTPTN atau mencetak borang tersebut melalui portal rasmi PTPTN. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada majikan dan sesalinan kepada PTPTN.

Buka Akaun Simpan SSPN Prime
Masukkan Id Eksekutif PTPTN: 000009869

Penyata Akaun Simpan SSPN Prime boleh disemak dan dicetak melalui portal rasmi PTPTN. Semakan juga boleh dilakukan dengan menghubungi Khidmat Pelanggan PTPTN di talian 03-2193 3000, hadir sendiri ke cawangan PTPTN yang berdekatan atau di cawangan Maybank, RHB Bank dan Bank Rakyat.

Buka Akaun Simpan SSPN Prime
Masukkan Id Eksekutif PTPTN: 000009869

Simpanan Simpan SSPN Prime boleh dikeluarkan pada bila-bila masa, tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh PTPTN dari semasa ke semasa.

Buka Akaun Simpan SSPN Prime
Masukkan Id Eksekutif PTPTN: 000009869

Simpanan Simpan SSPN Prime boleh dikeluarkan dengan cara berikut:

  1. Mengisi dan melengkapkan Borang Pengeluaran / Penutupan Akaun / Tuntutan Geran Sepadan dan mengemukakannya kepada PTPTN melalui serahan tangan atau pos. Borang tersebut boleh didapati di kaunter PTPTN; atau
  2. Pengeluaran melalui ATM di bank yang terpilih.

Buka Akaun Simpan SSPN Prime
Masukkan Id Eksekutif PTPTN: 000009869

Tiada caj yang dikenakan oleh PTPTN kecuali caj yang dikenakan oleh ejen, sekiranya ada.

Buka Akaun Simpan SSPN Prime
Masukkan Id Eksekutif PTPTN: 000009869

Proses permohonan pengeluaran deposit / penutupan akaun mengambil masa tidak lebih 14 hari bekerja selepas penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Buka Akaun Simpan SSPN Prime
Masukkan Id Eksekutif PTPTN: 000009869

Boleh, pendeposit perlu membuat permohonan untuk bayaran balik pinjaman PTPTN melalui pindahan antara akaun dengan mengisi Borang Pindahan Deposit / Lebihan Bayaran Balik Pinjaman yang boleh didapati di cawangan PTPTN dan portal rasmi PTPTN.

Buka Akaun Simpan SSPN Prime
Masukkan Id Eksekutif PTPTN: 000009869

Tidak. Simpan SSPN Prime dan Skim Pinjaman Pendidikan adalah skim yang berbeza walaupun kedua-duanya di bawah PTPTN.

Buka Akaun Simpan SSPN Prime
Masukkan Id Eksekutif PTPTN: 000009869

Boleh. pendeposit perlu mengisi Borang Pindahan Deposit/ Lebihan Bayaran Balik Pinjaman yang boleh didapati di cawangan PTPTN dan portal rasmi PTPTN. Pindahan boleh dilakukan berdasarkan situasi berikut:

  1. Pindahan simpanan daripada akaun Simpan SSPN Prime ke akaun Simpan SSPN Prime atas pendeposit yang sama.
  2. Pindahan simpanan daripada akaun Simpan SSPN Plus ke akaun Simpan SSPN Prime atas pendeposit yang sama.
  3. Pindahan simpanan daripada akaun Simpan SSPN Prime ke akaun Simpan SSPN Plus atas pendeposit yang sama.
  4. Pindahan lebihan bayaran balik pinjaman ke akaun Simpan SSPN Prime atau Simpan SSPN Plus atas peminjam / pendeposit yang sama.
  5. Pindahan simpanan Simpan SSPN Prime untuk bayaran balik pinjaman atas peminjam / pendeposit yang sama.

Buka Akaun Simpan SSPN Prime
Masukkan Id Eksekutif PTPTN: 000009869

Ya, pendeposit perlu membuat penutupan akaun atas nama penerima manfaat tersebut. Pendeposit mempunyai pilihan sama ada untuk menerima wang simpanan semasa membuat penutupan atau membuat pindahan wang simpanan ke akaun penerima manfaat yang lain.

Buka Akaun Simpan SSPN Prime
Masukkan Id Eksekutif PTPTN: 000009869

Ada. Simpan SSPN Prime menyediakan perlindungan takaful secara percuma kepada pendeposit yang mempunyai baki simpanan RM1,000 dan ke atas serta berumur tidak melebihi 65 tahun. Perlindungan takaful ini merangkumi kematian pendeposit dan penerima manfaat serta keilatan kekal menyeluruh pendeposit. Sekiranya pendeposit mengalami keilatan kekal menyeluruh dan telah disahkan oleh pegawai perubatan, waris boleh membuat tuntutan takaful dengan mengisi Borang Permohonan Tuntutan Takaful yang boleh didapati di cawangan PTPTN atau di portal rasmi PTPTN dan menyertakan dokumen sokongan seperti yang dinyatakan pada borang tersebut. Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada PTPTN melalui serahan tangan atau pos.

Buka Akaun Simpan SSPN Prime
Masukkan Id Eksekutif PTPTN: 000009869

Syarat tuntutan takaful bagi pendeposit yang telah meninggal dunia adalah baki simpanan mestilah RM1,000 dan ke atas dan berumur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh kematian. Waris hendaklah mengisi Borang Permohonan Tuntutan Takaful yang boleh didapati di cawangan PTPTN atau di portal rasmi PTPTN dan menyertakan dokumen sokongan seperti yang dinyatakan pada borang tersebut. Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada PTPTN melalui serahan tangan atau pos.

Buka Akaun Simpan SSPN Prime
Masukkan Id Eksekutif PTPTN: 000009869

Simpanan Simpan SSPN Prime boleh dikeluarkan dengan cara berikut:

  1. Mengisi dan melengkapkan Borang Pengeluaran / Penutupan Akaun / Tuntutan Geran Sepadan dan mengemukakannya kepada PTPTN melalui serahan tangan atau pos. Borang tersebut boleh didapati di kaunter PTPTN; atau
  2. Pengeluaran melalui ATM di bank yang terpilih.

Buka Akaun Simpan SSPN Prime
Masukkan Id Eksekutif PTPTN: 000009869

Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun Simpan SSPN Prime untuk manfaat anak diberi pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa.

Kategori kelayakan adalah seperti berikut:

  • Taksiran Berasingan : Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000 SEORANG setahun.
  • Taksiran Bersama : Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000 setahun.

Individu yang menyimpan untuk diri sendiri TIDAK LAYAK untuk mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan.

Buka Akaun Simpan SSPN Prime
Masukkan Id Eksekutif PTPTN: 000009869

Insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan diberikan berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa, iaitu simpanan yang telah ditolak pengeluaran. Pendeposit boleh menyemak atau mencetak penyata ringkasan akaun Simpan SSPN Prime melalui e-Simpan SSPN Prime di portal rasmi PTPTN.

Buka Akaun Simpan SSPN Prime
Masukkan Id Eksekutif PTPTN: 000009869

Geran sepadan memasuki IPT adalah insentif kewangan dalam bentuk tunai yang ditawarkan untuk menarik orang ramai khususnya golongan berpendapatan rendah membuat tabungan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak. Pemberian geran sepadan bertujuan membantu keperluan anak-anak (penerima manfaat) yang berjaya melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi.

Buka Akaun Simpan SSPN Prime
Masukkan Id Eksekutif PTPTN: 000009869

Pemberian geran sepadan adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  1. Pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) pendeposit tidak melebihi RM4,000 semasa permohonan dibuat.
  2. Penerima manfaat telah mendaftar masuk ke mana-mana IPT dan kursus yang diikitiraf oleh kerajaan di peringkat sijil dan ke atas.
  3. Penerima manfaat belum mencecah umur 29 tahun semasa permohonan dibuat.

Jumlah keseluruhan geran sepadan yang akan diberikan kepada setiap pendeposit yang layak adalah tidak melebihi RM10,000 satu keluarga.

Kelayakan pemberian geran sepadan hanya kepada pendeposit (ibu/ bapa/ penjaga) yang membuka akaun untuk anaknya sendiri atau anak jagaan yang sah. Pendeposit yang membuka akaun untuk diri sendiri atau mana-mana orang lain tidak layak memohon geran sepadan ini.

Buka Akaun Simpan SSPN Prime
Masukkan Id Eksekutif PTPTN: 000009869

Pendeposit hendaklah mengisi Borang Pengeluaran/Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan dan mengemukakan bersama dokumen berikut:

  1. *Pengesahan pendapatan/ salinan slip gaji/ salinan penyata pencen/ salinan kad pesara yang menyatakan pencen bulanan pendeposit dan pasangan.
  2. Salinan MyKad pasangan/ sijil kematian/ surat cerai.
  3. Salinan sijil kelahiran/ surat akuan berkanun/ sijil anak angkat penerima manfaat.
  4. *Salinan surat tawaran mendaftar masuk ke IPT dan resit bayaran daftar masuk ke IPT.
  5. *Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT/Agensi yang berkenaan dan hendaklah mencatatkan kursus pengajian (sekiranya tidak memenuhi item 4).
  6. Sekiranya penerima manfaat mendapat tajaan pinjaman pendidikan PTPTN, dokumen 4 dan 5 tidak diperlukan.
  7. Salinan buku bank persendirian pendeposit (jika ingin dikreditkan ke akaun)

*dokumen 1, 4 dan 5 perlu disahkan

Buka Akaun Simpan SSPN Prime
Masukkan Id Eksekutif PTPTN: 000009869

Permohonan geran sepadan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tempoh pengajian penerima manfaat dengan syarat akaun Simpan SSPN Prime semasa permohonan adalah aktif dan umur penerima manfaat belum mencapai 29 tahun semasa permohonan. Tuntutan geran sepadan selepas penutupan akaun tidak dibenarkan.

Buka Akaun Simpan SSPN Prime
Masukkan Id Eksekutif PTPTN: 000009869

Ya, pemberian token bernilai RM100 akan diberikan sebagai dorongan dan penghargaan kerana menabung di dalam Simpan SSPN Prime.

Buka Akaun Simpan SSPN Prime
Masukkan Id Eksekutif PTPTN: 000009869

Simpan SSPN Plus

SSPN atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan penabungan untuk pendidikan tinggi. SSPN telah dilancarkan secara rasmi pada 6 Ogos 2004. SSPN terdiri daripada dua komponen produk simpanan iaitu Simpan SSPN Prime (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i) dan Simpan SSPN Plus (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus).

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Simpan SSPN Plus merupakan produk terbaru PTPTN dengan kerjasama Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful IKHLAS Family Berhad (TIFB) sebagai Syarikat Pengendali Takaful (SPT) bagi produk ini.

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Ya. Pelan simpanan ini adalah patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar bagi simpanan SSPN iaitu di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan. Manakala bagi skim takaful pula menggunakan konsep Iltizam Bil Al Tabarru. Produk ini telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Simpan SSPN Plus menawarkan enam (6) pakej pilihan dengan komitmen terendah sebanyak RM30 sebulan (RM20 simpanan dan RM10 takaful). Ringkasan pakej adalah seperti berikut :

PAKEJINTANDELIMATOPASZAMRUDNILAMBERLIAN
Simpanan Bulanan Simpan SSPN PlusRM20RM40RM90RM180RM270RM200
Sumbangan TakafulRM10RM10RM10RM20RM30RM300
Jumlah Komitmen BulananRM30RM50RM100RM200RM300RM500

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Keistimewaan produk Simpan SSPN Plus adalah seperti berikut:

  1. Produk patuh syariah;

  2. Pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa (tahun taksiran) sehingga RM8,000 setahun (bersekali dengan produk Simpan SSPN Prime);

  3. Pelepasan cukai ke atas sumbangan takaful bagi tahun semasa (tahun taksiran) sehingga RM3,000 setahun (bagi pekerja swasta atau penjawat awam yang memilih KWSP) atau RM7,000 setahun (bagi Penjawat Awam memilih Pencen Kerajaan);

  4. Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.

  5. Manfaat kematian dan ilat kekal (kemalangan) sehingga RM1,200,000 bergantung kepada pakej dan Syarikat Pengendali Takaful (SPT);

  6. Tiada pemeriksaan kesihatan.

  7. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;

  8. Khairat kematian kepada pendeposit, pasangan dan anak-anak (maksimum 5 orang anak sahaja tertakluk kepada Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih);

  9. Manfaat sehingga 45 penyakit kritikal sehingga RM250,000.00 bergantung kepada pakej dan SPT yang dipilih

  10. Elaun kemasukan hospital sehingga RM250 sehari bergantung kepada pakej dan SPT yang dipilih

  11. Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN;

  12. Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.

  13. Simpanan dijamin Kerajaan

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Perbezaan antara produk Simpan SSPN Plus dengan Simpan SSPN Prime adalah seperti berikut :

PerkaraSimpan SSPN PlusSimpan SSPN Prime
Komitmen MinimumSerendah RM30/ sebulanTiada
Sumbangan TakafulSerendah RM10 sebulan atau mengikut pakej yang dipilih.Percuma
*Layak hanya kepada pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas
Manfaat Takaful
i. Mengikut pakej dan Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih
Manfaat kematian/ ilat kekal (kemalangan) sehingga RM1,200,000.Manfaat kematian/ ilat kekal (kemalangan) Ringgit ke Ringgit.
Manfaat kematian/ ilat kekal (biasa) sehingga RM1,000,000.Manfaat kematian/ ilat kekal (biasa) Ringgit ke Ringgit.
Manfaat ilat kekal separa sehingga RM200,000Tiada
Manfaat sehingga 45 penyakit kritikal sehingga RM200,000Tiada
Elaun kemasukan hospital sehingga RM250 sehari.Tiada
Khairat kematian* :
i. Pendeposit – sehingga RM25,000
ii. Pasangan – sehingga 12,500 dan
iii. 5 anak – sehingga RM 5,000 seorang.
Khairat kematian bagi:
i. Pendeposit – RM2,000, dan
ii. Penerima manfaat – RM500
Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatani. Sehingga RM8,000 setahun berdasarkan simpanan bersih Simpan SSPN Plus dan Simpan SSPN Prime tahun semasa.
ii. Menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai iaitu sehingga RM7,000 setahun berdasarkan bayaran sumbangan takaful tahun semasa.
i. Sehingga RM8,000 setahun berdasarkan simpanan bersih Simpan SSPN Plus dan Simpan SSPN Prime tahun semasa.
ii. Tiada
Geran Sepadan (Insentif kemasukan ke IPT)TiadaSehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak.
Syarat Pembukaan Akaun

Mana-mana warganegara Malaysia boleh membuka akaun untuk:

  • Diri sendiri
  • Anak Kandung, dan
  • Anak Jagaan yang sah (Anak Angkat/ Anak Tiri)

Mana-mana warganegara Malaysia boleh membuka akaun untuk:

  • Diri sendiri
  • Anak Kandung
  • Anak Jagaan yang sah
  • Mana-mana warganegara Malaysia yang lain berumur tidak melebihi 29 tahun

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Boleh. Pendeposit yang telah mempunyai akaun Simpan SSPN Prime boleh membuka akaun Simpan SSPN Plus tanpa perlu menutup akaun Simpan SSPN Prime.

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Boleh dengan syarat akaun yang dibuka melibatkan penerima manfaat berbeza yang tidak pernah mempunyai akaun SSPN-i Plus sebelum ini.

Bagi akaun SSPN-i Plus sedia ada, ianya akan dipindahkan secara automatik ke akaun Simpan SSPN Plus di bawah Syarikat Pengendali Takaful (SPT) asal iaitu HLMT.

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Manfaat takaful bagi setiap pakej adalah berbeza mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT) seperti berikut:

PAKEJ INTAN (RM30)
PERKARAMANFAAT TAKAFUL
GETBHLMTTIFB

Kematian

Biasa (RM)

Kemalangan

– Kemalangan di Malaysia (RM)

– Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM)

– Kemalangan di luar Malaysia (RM)

25,000.00

50,000.00

50,000.00

75,000.00

30,000.00

60,000.00

60,000.00

60,000.00

24,000.00

48,000.00

48,000.00

48,000.00

Keilatan

Ilat Kekal Biasa (RM)

Ilat Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Biasa (RM)

25,000.00

50,000.00

25,000.00

30,000.00

60,000.00

10,000.00

10,000.00

24,000.00

48,000.00

Penyakit Kritikal

Amaun perlindungan (RM)

Jumlah penyakit dilindungi

12,500.00

45

12,000.00

36

12,000.00

36

Manfaat Pendapatan Hospital

Amaun perlindungan/ sehari (RM)

Bilangan minggu

25.00

52

25.00

52

20.00

52

Khairat Kematian

1. Pendeposit (RM)

2. Pasangan (RM)

3. Anak

Amaun perlindungan (RM)

Bilangan anak yang dilindungi

2,800.00

2,800.00

1,200.00

5

3,000.00

3,000.00

1,500.00

3

4,000.00

4,000.00

2,000.00

3

Lain-lain manfaat

Penyakit Terminal

Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan

12,500.00

100.00

PAKEJ DELIMA (RM50)
PERKARAMANFAAT TAKAFUL
GETBHLMTTIFB

Kematian

Biasa (RM)

Kemalangan

– Kemalangan di Malaysia (RM)

– Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM)

– Kemalangan di luar Malaysia (RM)

25,000.00

50,000.00

50,000.00

75,000.00

30,000.00

60,000.00

60,000.00

60,000.00

24,000.00

48,000.00

48,000.00

48,000.00

Keilatan

Ilat Kekal Biasa (RM)

Ilat Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Biasa (RM)

25,000.00

50,000.00

25,000.00

30,000.00

60,000.00

10,000.00

10,000.00

24,000.00

48,000.00

Penyakit Kritikal

Amaun perlindungan (RM)

Jumlah penyakit dilindungi

12,500.00

45

12,000.00

36

12,000.00

36

Manfaat Pendapatan Hospital

Amaun perlindungan/ sehari (RM)

Bilangan minggu

25.00

52

25.00

52

20.00

52

Khairat Kematian

1. Pendeposit (RM)

2. Pasangan (RM)

3. Anak

Amaun perlindungan (RM)

Bilangan anak yang dilindungi

2,800.00

2,800.00

1,200.00

5

3,000.00

3,000.00

1,500.00

3

4,000.00

4,000.00

2,000.00

3

Lain-lain manfaat

Penyakit Terminal

Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan

12,500.00

100.00

PAKEJ TOPAS (RM100)
PERKARAMANFAAT TAKAFUL
GETBHLMTTIFB

Kematian

Biasa (RM)

Kemalangan

– Kemalangan di Malaysia (RM)

– Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM)

– Kemalangan di luar Malaysia (RM)

25,000.00

50,000.00

50,000.00

75,000.00

30,000.00

60,000.00

60,000.00

60,000.00

24,000.00

48,000.00

48,000.00

48,000.00

Keilatan

Ilat Kekal Biasa (RM)

Ilat Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Biasa (RM)

25,000.00

50,000.00

25,000.00

30,000.00

60,000.00

10,000.00

10,000.00

24,000.00

48,000.00

Penyakit Kritikal

Amaun perlindungan (RM)

Jumlah penyakit dilindungi

12,500.00

45

12,000.00

36

12,000.00

36

Manfaat Pendapatan Hospital

Amaun perlindungan/ sehari (RM)

Bilangan minggu

25.00

52

25.00

52

20.00

52

Khairat Kematian

1. Pendeposit (RM)

2. Pasangan (RM)

3. Anak

Amaun perlindungan (RM)

Bilangan anak yang dilindungi

2,800.00

2,800.00

1,200.00

5

3,000.00

3,000.00

1,500.00

3

4,000.00

4,000.00

2,000.00

3

Lain-lain manfaat

Penyakit Terminal

Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan

12,500.00

100.00

PAKEJ ZAMRUD (RM200)
PERKARAMANFAAT TAKAFUL
GETBHLMTTIFB

Kematian

Biasa (RM)

Kemalangan

– Kemalangan di Malaysia (RM)

– Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM)

– Kemalangan di luar Malaysia (RM)

50,000.00

100,000.00

100,000.00

150,000.00

60,000.00

120,000.00

120,000.00

120,000.00

48,000.00

96,000.00

96,000.00

96,000.00

Keilatan

Ilat Kekal Biasa (RM)

Ilat Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Biasa (RM)

50,000.00

100,000.00

50,000.00

60,000.00

120,000.00

20,000.00

20,000.00

48,000.00

96,000.00

Penyakit Kritikal

Amaun perlindungan (RM)

Jumlah penyakit dilindungi

25,000.00

45

24,000.00

36

24,000.00

36

Manfaat Pendapatan Hospital

Amaun perlindungan/ sehari (RM)

Bilangan minggu

50.00

52

50.00

52

40.00

52

Khairat Kematian

1. Pendeposit (RM)

2. Pasangan (RM)

3. Anak

Amaun perlindungan (RM)

Bilangan anak yang dilindungi

3,000.00

3,000.00

1,500.00

5

3,000.00

3,000.00

1,500.00

3

4,000.00

4,000.00

2,000.00

3

Lain-lain manfaat

Penyakit Terminal

Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan

25,000.00

200.00

PAKEJ NILAM (RM300)
PERKARAMANFAAT TAKAFUL
GETBHLMTTIFB

Kematian

Biasa (RM)

Kemalangan

– Kemalangan di Malaysia (RM)

– Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM)

– Kemalangan di luar Malaysia (RM)

75,000.00

150,000.00

150,000.00

225,000.00

90,000.00

180,000.00

180,000.00

180,000.00

72,000.00

144,000.00

144,000.00

144,000.00

Keilatan

Ilat Kekal Biasa (RM)

Ilat Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Biasa (RM)

75,000.00

150,000.00

75,000.00

90,000.00

180,000.00

30,000.00

30,000.00

72,000.00

144,000.00

Penyakit Kritikal

Amaun perlindungan (RM)

Jumlah penyakit dilindungi

37,500.00

45

36,000.00

36

36,000.00

36

Manfaat Pendapatan Hospital

Amaun perlindungan/ sehari (RM)

Bilangan minggu

70.00

52

75.00

52

60.00

52

Khairat Kematian

1. Pendeposit (RM)

2. Pasangan (RM)

3. Anak

Amaun perlindungan (RM)

Bilangan anak yang dilindungi

3,000.00

3,000.00

1,500.00

5

3,000.00

3,000.00

1,500.00

3

4,000.00

4,000.00

2,000.00

3

Lain-lain manfaat

Penyakit Terminal

Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan

37,500.00

300.00

PAKEJ BERLIAN (RM500)
PERKARAMANFAAT TAKAFUL
GETBHLMTTIFB

Kematian

Biasa (RM)

Kemalangan

– Kemalangan di Malaysia (RM)

– Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM)

– Kemalangan di luar Malaysia (RM)

1,000,000.00

1,000,000.00

1,000,000.00

1,000,000.00

600,000.00

1,200,000.00

1,200,000.00

1,200,000.00

500,000.00

1,000,000.00

1,000,000.00

1,000,000.00

Keilatan

Ilat Kekal Biasa (RM)

Ilat Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Biasa (RM)

1,000,000.00

1,000,000.00

200,000.00

200,000.00

600,000.00

1,200,000.00

100,000.00

100,000.00

500,000.00

1,000,000.00

200,000.00

200,000.00

Penyakit Kritikal

Amaun perlindungan (RM)

Jumlah penyakit dilindungi

200,000.00

45

120,000.00

36

200,000.00

36

Manfaat Pendapatan Hospital

Amaun perlindungan/ sehari (RM)

Bilangan minggu

250.00

52

250.00

52

200.00

52

Khairat Kematian

1. Pendeposit (RM)

2. Pasangan (RM)

3. Anak

Amaun perlindungan (RM)

Bilangan anak yang dilindungi

25,000.00

12,500.00

5,000.00

5

20,000.00

10,000.00

3,000.00

3

25,000.00

12,500.00

5,000.00

3

Lain-lain manfaat

Penyakit Terminal

Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan

Manfaat penghantaran balik jenazah

200,000.00

10,000.00

3,000.00-

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Syarat bagi Pendeposit :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mencapai umur 18 tahun sehingga sehari sebelum mencapai umur 69 tahun (mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih); dan
  3. Boleh membuka akaun untuk diri sendiri (sebagai penerima manfaat) tetapi tidak boleh mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan.

Syarat bagi Penerima Manfaat :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Hubungan dengan pendeposit hendaklah sama ada anak kandung/ anak tiri/ anak angkat; dan
  3. Berumur 1 hari sehingga sehari sebelum mencapai umur 29 tahun (untuk layak mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan)

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Had umur pembukaan akaun Simpan SSPN Plus mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT) adalah berikut :

Syarikat Pengendali TakafulHad Umur Maksimum Pendeposit bagi Pembukaan Akaun
HLMT
TIFB
Sehingga sebelum mencapai 65 tahun
GETBSehingga sebelum mencapai 69 tahun

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Tiada sebarang pemeriksaan kesihatan atau laporan perubatan diperlukan untuk membuka akaun. Namun begitu bagi pembukaan akaun Pakej Berlian, bakal pendeposit perlu menjawab tiga (3) soalan kesihatan yang terdapat pada borang pembukaan akaun. Jika terdapat jawapan YA bagi salah satu soalan, bakal pendeposit TIDAK LAYAK menyertai Pakej Berlian dan dinasihatkan untuk menyertai pakej yang lain yang ditawarkan.

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Bilangan akaun bagi pakej Berlian yang boleh dibuka adalah berbeza mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT) seperti berikut :

SPTHAD BILANGAN AKAUN PAKEJ BERLIAN
HLMTDua (2)
GETB
TIFB
Satu (1)

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Had umur perlindungan untuk pendeposit Simpan SSPN Plus adalah berbeza mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT) seperti berikut :.

SPTHAD UMUR PERLINDUNGAN
HLMT
TIFB
Sehingga sehari sebelum mencapai 66 tahun
GETBSehingga sehari sebelum mencapai 70 tahun

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Berikut adalah saluran/kaedah yang disediakan:

Saluran SimpananCaj

Kaunter PTPTN

  • Secara tunai
  • Kad kredit
  • Kad debit
  • Kad ATM
Tiada

Potongan Gaji

  • Awam (JANM)
  • Swasta (Agensi)
Tiada

Auto Debit

  • Bank Islam (BIMB)
  • Maybank
  • RHB Bank
  • CIMB Bank
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Tiada
  • Tiada
  • RM0.50 per transaksi
  • Tiada
  • RM1.00 untuk pendaftaran (sekali sahaja). RM0.53 per transaksi

Perbankan Internet

  • Maybank2u
  • CIMB Clicks
Tiada

JomPay

  • Klik di sini untuk 40 bank terlibat.
Tiada

SSPN-i Plus online

Tiada

Direct Debit

  • Klik di sini untuk Senarai Bank yang terlibat
Tiada

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Bahagian simpanan hanya boleh dikeluarkan selepas tiga (3) tahun daripada tarikh pembukaan akaun. Selepas tempoh tiga (3) tahun tersebut, pendeposit boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa dengan jumlah minimum simpanan yang perlu dikekalkan dalam akaun adalah sebanyak RM1,000 (tertakluk syarat-syarat lain yang ditetapkan dari masa ke semasa).

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Pendeposit boleh membuat pengeluaran melalui kaedah seperti berikut :

KaunterPermohonan Online

Perlu mengisi:

  • Slip Pengeluaran akaun Simpan SSPN Plus
  • Borang yang lengkap diisi perlu dikemukakan kepada Pejabat PTPTN Negeri/ Cawangan
Membuat permohonan pengeluaran deposit secara atas talian melalui Portal Rasmi PTPTN.

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Pendeposit diberikan tempoh ihsan selama 60 hari untuk menyelesaikan tunggakan tersebut. Sekiranya tiada sebarang bayaran diterima selepas tempoh ihsan, akaun akan ditutup serta-merta.

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Sekiranya penerima manfaat meninggal dunia, akaun akan ditutup dan semua keistimewaan akan terbatal kecuali manfaat khairat kematian.

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Tidak. Pendeposit tidak akan menerima apa-apa penentusahan keahlian daripada PTPTN. Walau bagaimanapun, pendeposit akan menerima Sijil Takaful (Certificate Schedule) yang dihantar oleh Syarikat Pengendali Takaful (SPT) secara e-mel dalam tempoh 30 hari (sebulan) daripada tarikh pembukaan akaun.

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Penyakit kritikal yang dilindungi adalah bergantung pada Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih. Berikut adalah penyakit-penyakit kritikal yang dilindungi oleh syarikat pengendali takaful:

Bil.Syarikat Pengendali Takaful (SPT)/ Penyakit KritikalGETBHLMTTIFB
1Alzheimer/ dementia teruk/ gangguan otak degeneratif organik tidak boleh pulih///
2Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari///
3Meningitis Bakteria///
4Tumor Otak Benigna – Keterukan tertentu///
5Buta – kekal dan tidak boleh pulih///
6Pembedahan otak///
7Kanser – keterukan tertentu dan tidak melindungi kanser tahap awal///
8Kardiomiopati – keterukan tertentu///
9Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan kekal sumsum tulang///
10Koma – mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan symptom klinikal yang berterusan///
11Pembedahan pintasan arteri koronari///
12Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih///
13Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan harian///
14Kegagalan hati tahap akhir///
15Penyakit paru-paru tahap akhir///
16AIDS dengan gejala penuh/  
17Hepatitis Viral/Virus Fulminan///
18Serangan jantung – keterukan tertentu///
19Pembedahan Injap Jantung///
20Jangkitan HIV melalui Transfusi Darah///
21Kegagalan buah pinggang – memerlukan dialysis atau transplan buah pinggang///
22Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (berdikari)/  
23Hilang keupayaan bertutur///
24Trauma Kepala Major (Teruk) –  mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan harian///
25Transplan Organ Utama/ Sumsum tulang///
26Penyakit neuron motor – defisit neurologi kekal dengan symptom klinikal berterusan///
27Sklerosis Multipel///
28Distrofi otot///
29Kelumpuhan anggota///
30Penyakit Parkinson – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan harian///
31Hipertensi Arteri Pulmunori Primer – keterukan tertentu///
32Penyakit arteri koronari serius///
33Strok/ Angin Ahmar – mengakibatkan deficit neurologi kekal dengan symptom-simptom klinikal berterusan///
34Pembedahan Aorta///
35Lupus Eritematosus Sistematik dengan komplikasi buah pinggang yang teruk///
36Kelecuran tahap ketiga – keterukan tertentu///
37Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui pekerjaan/  
38Penyakit Terminal (membawa maut)///
39Penyakit Sistik Medular///
40Sindrom Apallic (iaitu keadaan Vegetatif Berterusan)/  
41Poliomielitis/  
42Skleroderma Progresif/  
43Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik/  
44Elefantiasis (PenyaKit Untut)/  
45Penyakit Creutzfeldt- Jakob (Penyakit Lembu Gila)/  

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Boleh terhad kepada pakej Intan, Delima, Topas, Zamrud dan Nilam sahaja serta tertakluk kepada tempoh menunggu yang ditetapkan oleh Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih.

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Tempoh menunggu bagi Simpan SSPN Plus adalah mengikut jenis manfaat takaful dan Syarikat Pengendali Takaful (SPT) seperti berikut

  MANFAATTEMPOH MENUNGGU MENGIKUT SPT
HLMTGETBTIFB
Kematian Biasa

– Perlindungan serta merta

– Pakej Berlian : 3 bulan dari tarikh kuat kuasa.

– Perlindungan Serta Merta

-Selain Pakej Berlian 12 bulan untuk penyakit sedia ada

– Perlindungan serta merta (selain untuk penyakit sedia ada)

– Pakej Berlian 3 bulan

Kematian Akibat Kemalangan– Perlindungan Serta Merta– Perlindungan Serta Merta– Perlindungan Serta Merta
Keilatan Kekal Biasa– 12 bulan dari tarikh kuat kuasa untuk keadaan sedia ada– 12 bulan dari tarikh kuat kuasa (keadaan sedia ada)– 6 bulan untuk penyakit sedia ada
Keilatan Kekal Akibat Kemalangan– Perlindungan Serta Merta– Perlindungan Serta Merta– Perlindungan Serta Merta
Keilatan Separa Kekal Biasa

– Biasa– 12 bulan dari tarikh kuat kuasa untuk keadaan sedia ada

– Kemalangan– Perlindungan Serta Merta

– Pakej Berlian sahaja: 12 bulan dari tarikh kuat kuasa (keadaan sedia ada)

– Pakej Berlian perlindungan serta merta

– Selain Pakej Berlian 12 bulan untuk penyakit sedia ada

– Perlindungan serta merta (selain untuk penyakit sedia ada).

Keilatan Separa Kekal Akibat Kemalangan– Perlindungan Serta Merta– Tiada
Penyakit Kritikal

– Kanser dan Penyakit Berkaitan

– Jantung– 60 hari dari tarikh kuat kuasa

– Penyakit Lain– 30 hari dari tarikh kuat kuasa

– Keadaan Sedia Ada– 12 bulan dari tarikh kuat kuasa

– 30 hari dari tarikh kuat kuasa (untuk Serangan Jantung, Pembedahan Pintasan Arteri Koronari, Kanser, Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain untuk Penyakit Arteri Koronari Utama, Penyakit Koronari Arteri Lain yang Serius)

– 60 hari dari tarikh kuat kuasa (untuk penyakit kritikal lain)

– 30 hari dari tarikh kuat kuasa bulan untuk (penyakit khusus)

– 60 hari dari tarikh kuat kuasa bulan untuk (penyakit khusus)

Elaun Kemasukan Hospital

– Kemalangan– Perlindungan Serta Merta

– Penyakit Khusus– 120 hari dari tarikh kuat kuasa

– Penyakit Lain– 30 hari dari tarikh kuat kuasa

– Keadaan Sedia Ada– 12 bulan dari tarikh kuat kuasa

– 30 hari dari tarikh kuat kuasa (disebabkan oleh secara semula jadi)

– 120 hari hari dari tarikh kuat kuasa ( penyakit khusus)

– Perlindungan serta-merta (akibat kemalangan)

– Kemalangan- Perlindungan serta-merta

– Penyakit – 30 hari dari tarikh kuat kuasa

– Penyakit Khusus – 120 hari dari tarikh kuat kuasa

– 180 hari untuk setiap satu kemasukkan hospital

– 365 hari untuk sepanjang tempoh perlindungan

Khairat Kematian– Keadaan Sedia Ada – 12 bulan dari tarikh kuat kuasa (hanya untuk Pendeposit). Anak dan pasangan tiada tempoh menunggu– Perlindungan Serta Merta– Keadaan Sedia Ada – 12 bulan dari tarikh kuat kuasa (hanya untuk Pendeposit). Anak dan pasangan tiada tempoh menunggu
Penyakit Terminal– Tidak berkaitan– 30 hari dari tarikh kuat kuasa– Tidak berkaitan

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Tidak. Elaun kemasukan hospital tidak terhad dalam Malaysia sahaja. Elaun juga layak dituntut bagi kemasukan hospital di luar negara selagi kunjungan tersebut bukan atas tujuan perubatan. Walau bagaimanapun, kemasukan hospital di Singapura dibayar bagi tujuan perubatan.

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Ya, selagi anggota beruniform tidak terlibat secara langsung dalam tugasan peperangan/ rusuhan, rusuhan awam sama ada diisytihar atau tidak.

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Boleh. Pendeposit boleh membuka akaun untuk diri sendiri tertakluk kepada syarat pembukaan akaun yang ditetapkan.

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Ya. Penerima manfaat boleh mempunyai lebih dari satu akaun dengan syarat akaun dibuka oleh pendeposit berbeza sama ada ibu atau bapa atau penjaga yang sah (ibu bapa tiri/ ibu bapa angkat).

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Pembukaan akaun bagi anak jagaan yang sah sama ada anak angkat atau anak tiri hanya boleh dibuka di kaunter PTPTN dengan membawa salinan dokumen berikut :

  1. Anak Angkat : Surat Akuan Berkanun Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau Sijil Anak Angkat JPN
  2. Anak Tiri : Sijil/ Kad Nikah Ibu Bapa dan Sijil Kelahiran Anak

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Tidak boleh. Pendeposit hendaklah menutup akaun sedia ada dan membuka akaun yang baharu dengan pakej yang hendak dipilih.

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Manfaat kematian akan dibayar bagi kelima-lima akaun yang dibuka oleh pendeposit.

Contoh:
Bagi kematian biasa, sekiranya kelima-lima akaun tersebut adalah akaun Delima di bawah syarikat pengendali takaful HLMT, jumlah keseluruhan manfaat kematian yang dibayar adalah sebanyak RM150,000 (RM30,000 x 5 akaun). Manfaat tersebut akan dimasukkan semula ke dalam akaun masing-masing dan bayaran kepada waris akan dibuat mengikut proses penutupan

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Waris atau Penama (yang didaftar di PTPTN) boleh membuat tuntutan.

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Pasangan hendaklah memenuhi syarat berikut:

  1. Hubungan adalah sah dan diiktiraf dari segi undang-undang;

  2. Berumur 18 tahun sehingga sebelum mencapai had umur perlindungan 70 tahun (mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih);

  3. Bagi tuntutan atas isteri (jika mempunyai lebih dari seorang isteri yang sah), khairat diberikan ke atas isteri yang mana meninggal dahulu.

Anak hendaklah memenuhi syarat berikut:

  1. Hubungan adalah sah dan diiktiraf dari segi undang-undang;

  2. Berumur 18 tahun sehingga sebelum mencapai had umur perlindungan 70 tahun (mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih);

  3. Bagi tuntutan atas isteri (jika mempunyai lebih dari seorang isteri yang sah), khairat diberikan ke atas isteri yang mana meninggal dahulu.

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Bagi kes kematian pendeposit, kaedah pemulangan simpanan dan pembayaran manfaat takaful oleh syarikat pengendali takaful adalah seperti berikut:

  1. Bagi jumlah simpanan atau manfaat yang kurang daripada RM3,000 – waris hendaklah mengisi dan menandatangani Bon Tanggung Rugi serta dokumen yang berkaitan yang mengikat dari segi undang-undang; atau

  2. Bagi jumlah simpanan atau manfaat takaful RM3,000 dan ke atas – Pengeluaran wang deposit dari akaun si mati bagi baki semasa simpanan berjumlah RM3,000 dan ke atas (termasuk manfaat takaful dan dividen) dengan mengemukakan dokumen asal atau salinan

    • Geran Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau
    • Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah; atau
    • Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad, Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan/ Arahan).

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Pembayaran akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap dan diserahkan kepada Syarikat Pengendali Takaful (SPT).

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Dividen

Pendeposit yang mempunyai akaun SSPN yang berstatus aktif semasa proses agihan dividen dilakukan adalah layak menerima dividen pada kadar yang diisytiharkan.

Buka Akaun Simpan SSPN Prime
Masukkan Id Eksekutif PTPTN: 000009869

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Dividen akan dikreditkan terus ke akaun Simpan SSPN.

Buka Akaun Simpan SSPN Prime
Masukkan Id Eksekutif PTPTN: 000009869

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Ya. Pendapatan dari dividen SSPN dikecualikan daripada cukai.

Buka Akaun Simpan SSPN Prime
Masukkan Id Eksekutif PTPTN: 000009869

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Careline: 03 – 2193 3000
Faks: 03 – 2193 1263

Penafian : Laman web ini dibangunkan dan dikendalikan sepenuhnya oleh Eksekutif Pemasaran PTPTN (EP) Rasmi yang dilantik oleh PTPTN. Segala maklumat dan kandungan di dalam laman web ini adalah di bawah tanggungjawab Eksekutif Pemasaran.

Kod Eksekutif Pemasaran PTPTN : 000009869