Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

PTPTN sentiasa menyediakan promosi istimewa untuk menggalakkan penabungan pendidikan dalam kalangan masyarakat Malaysia di samping memberikan penghargaan kepada pendeposit yang setia melalui cabutan-cabutan hadiah yang ditawarkan.

Bersempena dengan pelancaran produk baharu Simpan SSPN Plus, PTPTN tampil dengan Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021. Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021 menawarkan hadiah yang cukup menarik dan lumayan dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai hampir RM320,000 menanti 221 orang pemenang.

PemenangHadiahBilangan Pemenang
UtamaGold Bar bernilai RM150,0001
KeduaKereta Perodua Bezza 1.3 AV2
KetigaPerkakas Dapur Canggih (Thermomix)3
SaguhatiTunai bernilai RM221215

Tempoh promosi bermula 1 September 2021 sehingga 31 Disember 2021.

Usaha berterusan dilakukan oleh PTPTN agar masyarakat Malaysia memperoleh manfaat daripada perancangan kewangan melalui produk simpanan yang diperkenalkan. Kerjasama strategik dengan pelbagai pihak berkepentingan terus dilipatgandakan dalam memperkasakan sektor pendidikan di Malaysia. Masyarakat Malaysia bertuah kerana berpeluang membuat simpanan melalui instrumen simpanan pendidikan yang disediakan oleh Kerajaan ini. Keutamaan PTPTN agar seluruh masyarakat Malaysia menjadikan Simpan SSPN Plus sebagai produk simpanan isi rumah. Inilah peluang kejayaan anda.

Untuk laman web kempen, klik DI SINI.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi pegawai PTPTN. Klik DI SINI